Posted on

Cinta Waris Terakhir – Pemenang peraduan novel Bisa

CINTA WARIS TERAKHIR

By : Emma Kasim

 

‘Setiap tujuh keturunan akan lahir seorang gadis dari suku Arende mampu menamatkan seluruh suku kaum Ahas. Giliran kau sebagai baka utama untuk mempertahankan suku kaum kita.’

“Abang sayang Jia… abang tak sanggup bunuh Jia.”

Keris Sakti Ular dicampak ke tepi. Ryan tak sanggup menyakiti gadis itu apatahlagi untuk membunuhnya. Sungguh dia tak meyangka gadis yang mampu membunuh susur galur keturunannya merupakan gadis yang bertakhta di hatinya.

“A..a..ab…ang baka utama,” ujar Jia lemah. Matanya ditutupi dengan kain hitam. Namun dia cukup kenal suara Ryan. Jia cuba meronta namun ikatan tali yang mengikatnya cukup kuat.

“Tuan Ryan… bunuh saja gadis itu. Dia bakal mengancam tuan dan keturunan kita.” Salah seorang pengikutnya mendesak.

“Kalian diam! Pergi dari sini!” Ryan menjerit. Semangat berkobar-kobar untuk membunuh gadis terpilih telah hilang.

“Tapi tuan…”

“Pergi!” Ryan sudah mula hilang akal. Dia mahu meyerang pengikutnya sendiri. Kerana Jia dia hilang pertimbangan.

“Tinggalkan Tuan Ryan…” Seorang lelaki tua masuk ke dalam bilik. Pengikut Ryan menunduk hormat lalu beredar. Ryan segera mendapatkan lelaki tua tadi.

“Nenda Raqim… Ryan tak mampu membunuh dia. Ryan cinta dia nenda…Nenda saja bunuh dia.” Ryan melutut di hadapan nendanya. Raqim mengusap lembut kepala Ryan. Dia faham betapa berat penderitaan yang cucunya tanggung. Raqim tahu saat yang dicatatkan dalam kitab ramalan akan tiba juga. Tapi dia tidak menyangka cucunya sendiri akan jadi penamat susur galur keturunan mereka.

“Nenda tak mampu membunuh gadis terpilih. Gadis terpilih boleh membunuh nenda dengan hanya satu pandangan saktinya. Begitu juga kaum kita yang lain. Hanya kamu baka utama keturunan ketujuh mampu bersemuka dengan dia tanpa berdepan maut.”

Ryan tunduk. Matanya terarah kepada Jia. Gadis itu yang dia idam-idamkan untuk menjadi suri hidupnya. Namun sekarang dia harus membunuh Jia.

“Maafkan Ryan nenda… Ryan tak mampu membunuh dia. Dia mati Ryan pun mati. Dia cinta hati Ryan. Nenda tau kan kaum kita hanya mampu mencintai seorang perempuan sepanjang hayatnya.” Ryan tertunduk lemah. Dia diselubungi rasa bersalah. Sama ada dia membunuh Jia atau tidak keturunan baka utama tetap akan berakhir. Dia tak akan mampu mencintai wanita lain selain Jia. Dia tak akan boleh berkahwin dengan perempuan lain sekali gus menamatkan keturunan baka utama.

“Ahas dan Arende adik-beradik kembar. Ahas dan Arende merupakan sumpahan ke atas raja ular yang berani memperkosa anak bangsa manusia. Mereka berdua lahir dari rahim manusia. Ahas mewarisi kebolehan Raja Ular manakala Arende hidup sebagai manusia biasa.” Raqim membuka sejarah satu persatu. Sesuatu yang Ryan tak pernah tahu sebelum ini.

“Telah dicatatkan bahawa bangsa keturunan Ahas akan tamat jika dibunuh bangsa keturunan Arende. Oleh sebab itu setiap tujuh keturunan pasti akan terjadi petumpahan darah. Menurut ramalan Kitab Sakti akan datang satu saat bangsa Ahas dan Arende bersatu. Kamu berdua yang akan menamatkan segala-galanya.”

“Maksud Nenda?” Ryan kurang faham akan maksud Raqim.

“Susur galur keturunan kita tak akan tamat walaupun Jia mati. Pasti kamu akan dipaksa untuk mengawan. Kamu tak akan menolak jika Keris Sakti Ular di leher Jia.”

Ryan tunduk. Dia tak akan memaafkan dirinya andai sesuatu terjadi kepada Jia.

“Berikan delima ular kepada Jia… Dia akan jadi permaisuri kamu. Dia pasti boleh menerimanya kerana dia juga berdarah ular.”

Ryan faham maksud datuknya. Dia segera merubah dirinya menjadi seekor ular tedung yang berwarna keemasan. Sesuai dengan tarafnya sebagai baka utama. Saiz ular itu besar sehingga boleh berdiri sama tinggi dengan manusia.

“Abang sayang Jia…” bisik Ryan dalam bahasa ular. Raqim sudah pun membuka penutup mata Jia.

“Jia sayang abang juga…” Jia seakan terpukau dengan pandangan mata ular raksaksa dihadapannya. Dia tak perasan Ryan sedang melilit batang tubuhnya. Lidah ular yang terjelir menjilat pipi Jia.

“Buka mulut Jia,” arah Ryan.Jia menurut.

Ryan memuntahkan batu delima ular ke dalam mulut Jia. Serentak itu satu cahaya putih keluar dari tubuh Jia dan Jia bertukar menjadi seekor ular putih. Kedua-dua ekor ular tadi saling melilit sesama mereka seperti sedang mengawan. Akhirnya mereka keletihan dan terbaring di lantai. Ryan dan Jia kembali ke bentuk asal.

‘Arende dan Ahas telah bersatu. Akan lahir makhluk ular jadi-jadian yang lebih ampuh daripada benih kamu berdua. Bangsa ular yang tak perlu lagi bertukar pada waktu malam dan tak perlu lagi makan haiwan untuk menyambung hidup.’

Raqim meninggalkan Ryan dan Jia berdua. Tugasnya sudah selesai. Permusuhan antara Ahas dan Arende sudah tamat. Musuh sebenar bangsa ular akan muncul dengan penyatuan mereka.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *