Panduan Pembelian & Bayaran

Sebelum anda membuat pembelian, di sini ada panduan yang boleh anda rujuk.

1. Pastikan anda membuka website yang betul. Pilih judul buku, KLIK PADA GAMBAR buku untuk membaca maklumat terperinci buku pilihan anda.

pembelian_1

2. Selepas membaca maklumat buku pilihan, anda pelu klik pada ADD TO CART

pembelian_2

3. Satu paparan berwarna hijau akan muncul di bahagian atas skrin anda. Klik VIEW CART.

pembelian_3

4. Lihat maklumat pembelian anda. Pastikan kuantiti adalah tepat. Jika anda kod kupon, sila masukkan pada bahagian COUPON CODE. Kemudian klik pada PROCEED TO CHECKOUT.

pembelian_4

5. Isi maklumat yang diperlukan. Pastikan alamat anda adalah lengkap. Klik PLACE ORDER.

pembelian_5

6. Anda akan dibawa ke laman SenangPay. Buat pilihan kaedah bayaran yang dikehendaki, KAD DEBIT/KREDIT atau FPX (online banking – Maybank, CIMB, Affin Bank dan lain-lain).

pembelian_6

7. Jika memilih untuk kaedah pembayaran menggunakan KAD DEBIT/KREDIT, masukkan maklumat kad anda. Pastikan nombor kad dan security code (pada bahagian belakang kad – 3 digit) adalah betul. Klik SUBMIT.

8. Anda akan dibawa ke laman pembayaran pengendali kad anda. Masukkan MSOS kod seperti yang dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan dengan pengendali kad. Klik OK.

pembelian_7

9. Pembayaran anda selesai. Satu emel akan dihantar kepada anda.

10. Jika anda memilih pembayaran menggunakan online banking (FPX), pilih akaun bank anda (Maybank, CIMB, Affin Bank, RHB dan lain-lain). Klik SUBMIT.

pembelian_8

11. Anda akan dibawa ke laman online banking akaun anda. Masukkan ID, password dan buat pembayaran.

pembelian_9

12. Pembayaran anda selesai. Satu emel akan dihantar kepada anda.

Proses pengeposan memakan masa 3-5 hari bekerja. Sekiranya melebihi tempoh berkenaan, anda boleh menghubungi kami di talian 03-8957 4662.

Untuk pembelian yang dibuat melalui smartphone, langkah-langkahnya adalah sama seperti yang ditunjukkan di sini, hanya paparan sahaja berbeza sedikit.

Selamat membeli.